Rabu, September 09, 2009

TERKINI! KALAH DI MAHKAMAH TINGGI, KE MAHKAMAH RAYUAN LA PULAK... BERJUANG BEB!

Keputusan DUN Perak muktamad

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
bhnews@bharian.com.my


V Sivakumar (kiri) dan R Ganesan

Mahkamah batal saman Sivakumar

IPOH: Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP, V Sivakumar, sebagai Speaker DUN adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.

Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker DUN, Datuk R Ganesan, di sini semalam.

Azahar berkata, mahkamah tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang DUN Perak, 7 Mei lalu kerana ia diputuskan secara betul mengikut Perkara 72, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan urusan persidangan DUN dijalankan secara sah dan tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

-------------------------------------


sabar-sabar.. teruskan ke Mahkamah Rayuan la pulak.. lepas tu ke mahkamah Persekutuan, lepas tu mahkamah -akhirat.blogspot la... dunia kalah, tak bererti salah depan Allah!

pikir-pikir lah ya tuan-tuan :)

Tiada ulasan: