Jumaat, September 25, 2009

BALA ALLAH, RIBUT DEBU DI AUSTRALIA...

* KITA YANG MELIHAT BALA-BALA ALLAH, APAKAH MASIH LALAI MEMBEZAKAN YANG BAIK, BURUK?JALAN KE SYURGA/NERAKA YANG DIPILIH?

Ribut debu landa timur Australia

(B.HARIAN.COM.MY)


SYDNEY: Ribut debu terburuk dalam tempoh 70 tahun, melanda pantai timur Australia yang padat penduduk, menyebabkan ruang udara bertukar kemerahan dan hampir menutup lapangan terbang terbesar di negara itu, ketika berjuta-juta penduduk awam batuk dan sukar bernafas.

Tiada kecederaan dalam kejadian sepanjang malam semalam yang menyebabkan warna oren kemerahan menakutkan di seluruh Sydney pada waktu subuh, tetapi perkhidmatan ambulans melaporkan menerima panggilan kecemasan daripada penduduk yang sukar bernafas.

Pihak polis turut memberi amaran kepada pemandu kenderaan agar lebih berhati-hati di jalan raya.

Jadual penerbangan tempatan di Sydney turut kucar-kacir apabila operasi di Lapangan Terbang Sydney terjejas berikutan jarak pemandangan yang tidak selamat, manakala penumpang feri di pelabuhan di bandaraya itu terkandas beberapa jam berikutan masalah keselamatan.

Biro Kaji Cuaca New South Wales berkata cuaca sejuk di negeri itu menyebabkan ribut dan angin kencang meniup debu dari pedalaman sebelum melanda wilayah lain manakala angin selaju 100 kilometer sejam turut menyebabkan kebakaran.

“Fenomena ini memang tidak dijangka. Kami melihat debu, angin dan kebakaran yang berlaku serentak,” kata Dick Whitaker dari bahagian kaji cuaca. - Reuters





Tiada ulasan: