* antara hikmat demo Isa- melatih kekuatan fizikal dan mental polis! he he
Isa memang menyusahkan manusia apa pun... apa la mau bincang-bincang lagi.. MANSUH ISA!
---------------------------------------------------------
Kajian ISA dibentang bulan depan(UTUSAN.COM.MY)
ALOR GAJAH 22 Sept - Hasil kajian semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dijangka dibentang pada Persidangan Dewan Rakyat bulan depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Beliau berkata pada masa ini kajian masih diteruskan termasuk mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak.
"Kita bebaskan mereka ikut undang-undang tetapi pada pihak pembangkang semua yang kerajaan lakukan semuanya tidak betul," katanya.
Beliau berkata pembangkang akan mempolitikkan apa saja yang dilakukan kerajaan semata-mata untuk kepentingan politik mereka. - BERNAMA
------------------------------------------------------------
MAHKAMAH-AKHIRAT ulas:
ISA siapa reka? BN kan.. asal dia ok, nak jaga keselamatan awam elak KOMUNIS.. komunis tak ada.. Mansuh la! apa juga akta-akta lain dah ada KAN , nak juga tahan orang dengan ISA! gila la tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan