nak kena sembur air water canon FRU la... bukan senang nak bebaskan tahanan ni.. kita kena berkorban juga...
ha! Inilah dia antara usaha Pakatan Rakyat untu rakyat tetapi rakyat penyokong UMNO / BN tak sedar-sedar lagi.. pemimpin Pas spt Dr Hatta dalam 1demontrasi terkoyak baju.. semata-mata untuk Islam dan rakyat!
HASILNYA...
Rabu 16 September 2009 | 26 Ramadhan 1430 Hijrah
Lima tahanan ISA dibebaskan menjelang Bagan Pinang |
Dzulfikar Mashoor Tue | Sep 15, 09 | 6:25:51 pm MYT | |||||||||
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang, lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilaporkan akan dibebaskan hari ini.
Ia sama seperti pembebasan pemimpin utama pertubuhan Hak Asasi Hindu (Hindraf), menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau. Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Husein sekeras-kerasnya menafikan pembebasan kali ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil. Namun sehingga berita ini ditulis, Gerakan Mansuh ISA (GMI) masih menunggu janji pembebasan lima tahanan tanpa bicara ISA, sebagaimana yang diumumkan Hishamuddin pagi tadi. Bagaimana pun, kalau pembebasan itu merujuk kepada tahanan yang dituduh anggota Jamaah Islamiyyah (JI), Ibrahim menjelaskan ianya terdiri oleh enam orang, rakyat Malaysia; bukannya lima orang. Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin membuat pengumuman tersebut setelah mendapati kelima-lima tahan terbabit telah insaf. Pembebasan itu dikatakan juga sempena meraikan Hari Raya Puasa, tidak lama lagi. Selain tahanan lapan tahun, Mat Sah, Pensyarah Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Dr. Abdullah Daud dipercayai khalayak turut dibebaskan. Baki yang lain adalah Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah; masing-masing ditahan di bawah akta yang dikatakan zalim itu sejak 30 Mei 2007. Gembira dapat raya bersama famili
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan