alhamdulillah, selepas dimaklumkan dalam usrah di rumah Ust Ilyas Ahad 13/9/09(hari PM datang buka puasa di Tawau), bahawa pak cik Ambo -orang lama di Kpg Sg Imam(putus 2 jari ) dan saudara Fatmang (terbakar dek kebakaran berpunca gas dapor masak), maka saya, Cikgu Kada (gambar-ketayap putih) serta En. Hanafi pergi menziarahi mereka berdua selepas Solat Tarawih di Masjid Bandar.
Gambar, Pak Cik Ambo menceritakan detik-detik melayangnya 2 jarinya ke 4 dan ke 5 (jari manis dan kelingking) saat menggunakan mesin pemotong rumput tidak jauh dari Madrasah Darul Hidayah, Sg Imam. Difahamkan hari Selasa 8/9/09 (1 minggu) kejadian berlaku. Untuk info, Madrasah Sg Imam adalah di bawah seliaan Pas Kawasan Tawau kini menempatkan ramai pelajar menuntut ilmu secara sistem pondok moden.
Gambar di sebelah jelas menunjukkan 2 jarinya yang putus disatukan dalam 1 ikatan (manis & kelingking).. manakala 2 lagi jarinya hantu dan telunjuk hampir putus namun pihak Dr berupaya menyambung dan difahamkan ia dalam proses 'hidup' kembali dan akan dipasang 'besi' agar kembali berfungsi...
* Pak cik Ambo di Tingkat 4 (unit ortopedik)
* Sdr Fatmang Renreng di Unit Rawatan Rapi & Jantung, Tingkat 3
Kami sempat bertanyakan kisah kejadian dari isterinya yang tabah dan tenang menunggu suaminya yang terlantar. 1 orang sahaja sekali masuk dibenarkan. Oleh kerana ada suspek H1N1 di dalam wad yang sama, saya masuk dengan memakai 'topeng H1N1'...
B2- terpampang nama sahabat kita Sdr Fatmang yang cedera terbakar dek kebakaran berpunca dari gas dapor.. alhamdulillah.. makin baik kesihatannya..
Untuk info, pihak Pas biasa menyewa van Fatmang jika ada tetamu / program yang berkaitan.
[ Apa pun, mereka telah dan akan diuji.. kita pula, ada ujian tersendiri..
MAMPUKAH KITA BERSABAR? ]
MAMPUKAH KITA BERSABAR? ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan