H1N1: Wanita 25 tahun mangsa korban ke-73(B/HARIAN-3HB-9-09)
KUALA LUMPUR: Satu kematian baru jangkitan influenza A(H1N1) disahkan sehinggajam 9 pagi ini, membabitkan seorang wanita berumur 25 tahun dari Betong, Sarawak, yang meninggal dunia Selasa lalu.
Beliau adalah mangsa korban H1N1 negara ke-73.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sehingga pada tadi sejumlah 266 pesakit baru dengan gejala "influenza-like illness" (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 293 kes telah dibenar keluar.
Beliua berkata, daripada 230 kes yang disahkan H1N1, 41 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 5 kes adalah kemasukan baru, sementara 3 lagi kes telah keluar dari ICU.
Katanya, daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 31 (75.6%) mempunyai faktor risiko.
Untuk makluman, satu kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini," katanya.
--------------------------------------------
PENGAJARAN : hidup mesti diteruskan... mati akan mencari kita... usahalah mencari bekalan sebelum mati datang. Bila mati datang? atau berapa banyak amalan sudah kita siapkan? mana ga satu soalan yang tepat untuk kita? mati makhluk allah, dia tetap bertugas hingga diarahkan berhenti oleh allah. jadi, tugas kita mudah dan senang, cari bekalan sahaja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan