Isnin, Mac 22, 2010

Inikah dia desakan untuk meng'ISA'kan Sdr Mazlan Aliman? > Felda benar aktiviti maksiat di Felda tak halang pulak? Tindakan itu ikut Islam kah?

MEMORANDUM REBEN JINGGA

(laman rasmi Majlis Belia Felda Malaysia- http://www.mbfm.org/)

Februari 26th, 2010 pm_anuar Posted in Umum | 9 Comments »
memojingga
Pada 24/2/2010, Satu memorandum bantahan telah diserahkan kepada Dato Dzulkefli Abd Wahab, Pengarah Besar Felda. Memo yang dipanggil Memorandum Reben Jingga ini antara kandungannya ialah:

1. Memastikan Tindakan Tegas diambil ke atas Persatuan ANAK yang diketahui tidak berdaftar dengan Pejabat Pertubuhan Pendaftar Malaysia.

2. Menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan merampas dan menghalang pengedaran Buku yang pernah diterbitkan oleh Persatuan ini. Ia dilihat mengundang Fitnah dan cubaan  merosakkan minda dalam masyarakat Felda.

3. Mengingatkan kepada organisasi JKKR/JKKK agar mengunapakai Akta GSA 1960 iaitu memberi mereka kuasa untuk menghalang mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar masuk dan mengganggu ketenteraman di dalam kawasan rancangan.

memojingga3

Laporan Polis dibuat setelah Memorandum dihantar kepada Dato DG

memojingga2
memojingga1

Tiada ulasan: