Khamis, Mac 11, 2010

Pandangan 'sinis' terhadap Mazlan Aliman- cari publisiti, siapa cari?

Khamis, Mac 11, 2010


Mazlan Aliman, satu nama yang semakin dikenali ramai khususnya didalam Felda, Mazlan di kenali dan diingati kerana peranan yang dilakukannya telah menyebabkan dua golongan akan sentiasa mengingatinya.

Golongan pertama ialah, para peneroka dan generasi kedua didalam felda yang akan mengingati, kerana Mazlan tidak putus-putus, cuba mengetengahkan beberapa masaalah yang dihadapi oleh para peneroka dan generasi keduanya.

Manakala golongan kedua pula ialah para pentadbir didalam rancangan felda, baik dari pengurusnya, pengawal wilayah, malah sampai kepada pengerusi felda Datuk Dr. Yusof Noor dan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak akan mengenali dan mengingatinya.

Cuma bezanya ialah cara mengingati Mazlan, satu pihak, iaitu para peneroka terutama yang urus sendiri kebunnya, akan mengingati Mazlan sebagai pembela kepentingan peneroka, manakala golongan kedua tadi, akan mengingati Mazlan sebagai pengacau, pemecahbelah masyarakat, malah sebagai musuh nombor 1.

Persoalannya, kenapa Mazlan, juga seorang anak peneroka felda, seorang yang telah berjaya didalam hidupnya, telah pun menjadi peguam tetapi sanggup menempuh pelbagai halangan, sehingga sanggup ditahan polis dan dikurung didalam lokap semalaman ?

Didalam memahami situasi ini, saya meletakkan beliau didalam dua kemunkinan.

(1) Beliau benar-benar berjiwa rakyat dan dari jenis tidak boleh melihat, golongan bapanya (peneroka felda) ditindas, diperkotakkatikkan, diperalatkan, dan pelbagai lagi tanggapan buruk mengenai felda yang menguasai dirinya.

(2) Beliau sengaja mahu mencari nama diarena politik, kebetulan pula beliau memegang jawatan sebagai salah seorang AJK di peringkat Pas Pusat dan bergiat pula didalam felda dan pernah bertanding di Parlimen Bera, Pahang.

Semasa konvensyen peneroka Konvensyen Peneroka Felda anjuran PKR di Jerantut tempoh hari, didalam pembentangan kertas kerjanya, saya dapati beliau begitu bercita-cita besar, beliau menyatakan bahawa beliau telah bertemu Hj Hadi dan Nik Aziz menyatakan dan memohon perkenan andainya Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia disatu hari nanti, beliau mencadangkan beberapa perubahan akan dilakukan didalam pentadbiran felda.

Antaranya=

(a) Menghapus atau memansuhkan akta GSA .

(b) Mengambil alih ladang-ladang felda plantation di seluruh negara dan menganugerahkan tanah-tanah tersebut kepada generasi kedua yang ramai anak tetapi tidak memiliki rumah dan menumpang di rumah keluarga, serta sedang bekerja didalam felda di sektor perladangan sebagai buroh.

(c) Semua kerja-kerja perladangan yang kini dibolot oleh Felda teknoplant sdn .bhd akan diberi kontraknya kepada koperasi peneroka dengan bayangan dan harapan segala keuntungan secara otomatik akan dinikmati oleh peneroka.

(d) Semua jawatan penting didalam felda dan agensinya , dari Menteri, pengerusi, pengarah besar, pengawal wilayah dan seterusnya kebawah akan diserahkan kepada anak-anak peneroka felda yang berwibawa dan berkebolehan.

Begitulah antara cita-cita dan harapannya yang diluahkan didalam konvensyen tersebut, saya yang mendengarnya merasakan bahawa beliau bukan membentangkan kertas kerja, tetapi menyampaikan satu manifesto pilihanraya.

Beliau menyampaikan ucapannya dengan begitu yakin sekali dan saya membayangkan jika Pakatan Rakyat menang, beliau pasti akan dilantik sebagai Menteri berkaitan Felda, Felcra dan Risda.

Adakah cita-cita ini yang menguatkan semangat Mazlan Aliman didalam memperjuangkan nasib para peneroka ? ......... itu saya tidak tahu..........kena tanya beliau sendirilah.
----------------------------
mahkamah : penulis blog agak berada di tengah-tengah.. saya tak berani nak kata apa-apa tentang tujuan selain yang benar sahaja.. bila kita lantik dan diperkenankan oleh jemaah PAS, AJK menjalankan tugas, maka kita pasrah dan rela.. jika ada masalah, penulis blog boleh merujuk JK Tatatertib minta siasat atau tanya saudara Mazlan.. apakah ada muslihat Mazlan dalam hal-hal begini? 

kita kan hukum yang zahir.. orang Islam jika melakukan dosa besar pun, pada pandangan ahli sunnah wal jamaah, kita hukum FASIK.. tidak boleh sebut dia KAFIR, kan kan? inikan pula Mazlan yang menjalankan kerja amal, boleh dihukum dia cari publisiti? kita ada buat macam Mazlan buat? boleh pusing 1 malaysia, buang masa dan tenaga? Pas Tawau tak bayar apa-apa masa dia mai Tawau dulu.. kita atur program kuliah maghrib, ceramah motivasi dengan pelajar, dialog dengan peneroka dsb.. saya pula pelik kepada penulis blog ni.. nak kena jumpa dan sembang dengan penulis blog ni jika ada masa.. :)

Tiada ulasan: