Rabu, Mac 17, 2010

Isu Sabah : balik-balik kes tanah, mengapa teruk sangat kah?

Sabah & Sarawak: Rintihan anak Rundum

Oleh Hassan Omar

2010/03/17

Penduduk serba kekurangan harap pemilikan tanah ubah nasib masa depan

TENOM: Sudah berpuluh-puluh tahun kami menghuni tanah di puncak bukit ini. Kami penduduk asal kampung ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang kami tidak memiliki walau seinci pun tanah di sini untuk dijadikan sumber rezeki. Itulah luahan penduduk Kampung Rundum, iaitu kampung paling jauh dari pekan Tenom dan daerah kecil Kemabong.

Nenek moyang mereka juga yang membuka penempatan itu dan menentang pendudukan British di Sabah sejak zaman kebangkitan Antenum, tetapi belum berpeluang memiliki kebun getah atau kelapa sawit. 

Kampung itu hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang melalui jalan tidak berturap sejauh kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan kecil Kemabong, iaitu kira-kira 35km dari pekan Tenom yang mengambil masa tiga hingga empat jam. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rundum, Yansuku Impan, 43, berkata disebabkan terlalu lama menunggu geran untuk tanah yang diusahakan, ramai penduduk kampung berhijrah ke pekan Tenom atau ke Kota Kinabalu. 


-------------------------
yusz : info tambahan >> Tenom terletak di selatan Kota Kinabalu, negeri Sabah, Malaysia Timur. Tenom bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan di Indonesia.

Tiada ulasan: