Sabtu, Mac 27, 2010

Ketua Polis Negara pembohong di mahkamah 1998?


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sivarasa Rasiah hari ini dipanggil memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuatpada 24 Mac lalu terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang didakwa membuat kenyataan palsu dalam prosiding Mahkamah.


Beliau hadir jam 3.00 petang tadi memberi keterangan hampir satu jam di ibu pejabat polis IPD Dang Wangi.


"Mereka minta bukti saya ada untuk menunjukkan bahawa Tan Sri Musa Hassan telah membuat kenyataan palsu dalam mahkamah.


"Saya sebut saya lampirkan dalam laporan polis saya, saya kepilkan nota prosiding mahkamah.


"Rabu lalu, Siva membuat satu laporan polis terhadap Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.



Menurut Sivarasa, semasa kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998 di mana Musa Hassan sebagai Pegawai Siasatan, beliau menyatakan di depan Hakim Augustine Paul dengan mengatakan beliau mempunyai ijazah apabila disoal oleh peguam Christopher Fernando.


Tetapi ujarnya, semasa perbicaraan rasuah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Sesyen Sabah, Musa dalam prosiding kehakiman memberitahu beliau mempunyai diploma undang-undang dan kajian pengurusan.
--------------------------
yusz : Sebab itulah masalah banyak agaknya jenayah di Malaysia.. kita ucap t/kasih kepada PDRM atas jasa baik mereka selama ini... yang baik mesti dipuji! Alhamdulillah mempunyai polis yang antara cekap di dunia!
Namun mesti ingat, tugas memelihara keselamatan ini dah wujud sejak Zaman Nabi saw..Apa yang penting, Allah dan Rasul diletak di hadapan para pahlawan Islam.. mereka hebat kerana taat kepada Allah.. Ketua Polis Negara akan hebat jika taat dan patuh arahan allah dan rasul! :)


Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah skuad elit anti-pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan Khas.

Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya mengesan dadah.



Unit Gempur Marin yang menjadi anti-pengganas maritim turut diletakkan dibawah Jabatan KDN/KA.



Tiada ulasan: