Dalam gambar (diambil dari blog arwah)di atas disebut " Majlis Hari Raya Di University Al al-Bayt (Ust Arman -kiri sekali bersongkok hitam).. "..
inilah dewan keramat saya bersama hampir 200 pelajar tajaan KPM, JPA dan Yayasan Pahang generasi pertama Malaysia dihantar belajar di situ (tahun 1994-2000)mengadakan memo bantahan kepada majikan kami agar dipindahkan ke universiti lain.. kalau tak silap kami kumpul 1 orang Dinar Jordan 10 = RM 50 seorang, demi kelangsungan masa depan belajar di Jordan... duit tersebut buat membeli tiket dan urusan 4 rakan yang mewakili 3 tajaan tadi..
4 orang tersebut pulang ke Malaysia dan membawa memorandum ditandatangan oleh hampir 200 pelajar Malaysia di Al al Bayt.. mungkin nama kami masih ada dalam ingatan KPM (berpusat di Damansara masa itu).. di dalam dewan inilah pihak KPM, JPA dan Yayasan Pahang yang datang menyahut 'ancaman' kami untuk dipindahkan namun! Segalanya indah kabar dari rupa.. Kami akhirnya dikekalkan di Al al Bayt... panjang lagi huraian.. mungkin tuan/puan tak faham.. he he..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan