Rabu, Mac 10, 2010

Mazlan Aliman ditangkap di Felda Klau, Raub! Pengurus tak puas hati, kalau boleh semua felda tak boleh masuk, termasuk rumah Mazlan di felda?

----------------------------------------



Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, sebentar tadi mengesahkan bahawa beliau ditangkap dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) berkata, polis tidak memberitahunya sebab beliau ditangkap.

Pun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan itu ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub petang tadi.

Sebelum pada itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudddin Ayub berkata, pihak polis wajib menjelaskan tujuan penangkapan tersebut.

"Sebagai rakyat, Mazlan sendiri wajib diberitahu sebab penangkapan beliau, itu hak asasi mereka yang polis tak boleh nafikan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Penangkapan itu, menurutnya sekaligus mengakibatkan rakyat bertambah benci kepada Umno dan BN sendiri.
_---------------------------------------

Yusz felda :

1) Saya baru sahaja menghubungi no tel Sdr Mazlan, dijawab oleh rakannya jam 7.11 pagi tadi.. betul, beliau ditahan di IPD, Raub.. difahamkan pengurus buat repot, kalau boleh Mazlan diharamkan masuk semua Felda termasuk rumah Mazlan sendiri.. he he.. lawak la pengurus tu.. Kita doakan UMNO hancur!

2) Felda Kelau

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Felda Lembah Kelau terletak berhampiran Sungai Kelau, di dalam daerah Raub, Pahang. Penempatan ini dibuka secara rasmi pada tahun 1963. Bersama dengan orang asli Sungai Temir, penduduk FELDA ini dijangka terpaksa berpindah bagi membolehkan pembinaan Empangan Kelau.

Tiada ulasan: