50,000 kena tipu
2010/03/28
Pelabur rugi lebih RM100 juta sertai pelaburan sejak dua tahun lalu
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Menggunakan status syarikat skim berkepentingan, lima syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengarah Kanan Penguatkuasaan SSM, Mohammad Redzuan Abdullah, berkata dua daripada syarikat itu sudah didakwa dan beberapa lagi akan dihadapkan ke mahkamah tidak lama lagi.
Selain polis, SSM bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Bank Negara jika kes membabitkan aktiviti pengambilan deposit haram atau melanggar peraturan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
------------------------
YUSZ : Saya fikir tuan yang jadi penganjur 'kursus ternak lintah dsb untung banyak kerana 1 peserta ada difahamkan kena bayar sampai RM5 ratus.. jadi, tuan penganjur untung BUKAN BISNES TERNAK lintah TETAPI bisnes kursus lintah??? Pikirlah.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan