Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Ahli Parlimen (MP) Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mendakwa seorang pemimpin PAS Pusat menghasut generasi kedua Felda agar membenci kerajaan seolah-olah memperlekeh kebolehan generasi itu. Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali yang menyelar kenyataan itu berkata, tuduhan Ismail bahawa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) meracuni dan mempengaruhi anak-anak peneroka Felda agar membenci kerajaan melalui ceramah-ceramahnya seolah-olah merendah-rendahkan tahap pemikiran generasi kedua Felda. "Wakil Kuala Krau seolah-olah merendahkan kebolehan generasi kedua Felda untuk menggarap isu-isu terkini dan untuk memastikan kebajikan mereka terbela," katanya ketika ditemui sewaktu menziarahi Mohd Saiful Nasrullah, 19, anak seorang aktivis PAS di Jalan Peel, dekat sini yang terlantar akibat kemalangan jalan raya. (Gambar sebelah) "Bukannya generasi kedua Felda kurang cerdik sehingga boleh dipengaruhi oleh seorang aktivis dan juga sebuah buku tetapi mereka sebenarnya telah menyedari kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan dalam Felda," tegasnya. Ismail sewaktu membahaskan titah junjung kasih Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Parlimen baru-baru ini turut mendakwa Mazlan turut menghasut generasi kedua Felda melalui bukunya, 'Felda Dulu Tolong Sekarang Ah Long'. Beliau turut menyatakan bukti bahawa memang wujud penyelewengan dalam Felda yang sering dicanangkan sebagai membela nasib peneroka. "Tanam sendiri umpamanya, wang caruman peneroka di dalam tabung tanam semula RM17,000. Apa yang ditimbulkan masalah ini ialah halangan bagi yang sedia dan mendapatkan beberapa kemudahan sendiri dan juga apabila ada usaha menanam persendirian mereka dibayar hanya RM7,000 dari wang yang mereka carum di tabung tanam semula. "Hantaran buah sawit pun begitu juga. Peneroka dikenakan tahanan sehingga 20% dari pendapatan dari setiap hantaran. Ini terlalu tinggi. Mana dia menteri berkenaan, mana dia Pengerusi Felda? "Dia bercakap bagi pihak korporat atau bagi pihak peneroka? Kalau bagi pihak peneroka dia patut sekurang kurangnya dengar. Adakah adil potongan itu 20% dalam keadaan keuntungan berbilion-bilion ringgit oleh syarikat Felda," katanya. "Saya mohon Datuk Ismail bagi respon mengenai kenyataannya itu dan kalau benar Felda tidak melakukan penyelewengan, buktikan dengan fakta juga,” ujarnya. --------------------------- mahkamah : Buku karangan Sdr Mazlan tersebut laris di pasaran, semua dah baca agaknya.. jika ada yang tak kena, saman sahaja bah Mazlan! Mengapa tak saman sekian lama buku itu dijual??? |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Sabtu, Mac 20, 2010
Mazlan Aliman digeruni MP BN di parlimen?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan