Rabu, Mac 24, 2010

Dun Titi Tinggi Perlis: SPR akan kata tidak perlu pilihan raya lagi?









http://mutaligat.blogspot.com/   
Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?
ATAU mungkinkah SPR akan sekali lagi mencari seribu satu alasan untuk menafikan pilihanraya kecil di sana.

Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.

Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.

Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.

----------------------
yusz : biasalah BN! Bukan kita tak kenal BN.. Perlis kecik-kecik pun berapi.. Melayu Perlis macam Melayu Johor la.. biru pekat! Mudah-mudahan p/raya jika jadi, akan membiru muda-menghijau.. :)

Tiada ulasan: