Turki dilanda gempa, 57 maut(bharian.com.my)
|
|
ANKARA 8 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 6 pada skala Richter melanda timur Turki awal hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 57 orang.
PENDUDUK Karakocan, timur Turki meninjau kemusnahan selepas gempa melanda, selama.
Pusat krisis kerajaan melaporkan, kira-kira 100 orang lagi turut cedera dalam kejadian gempa yang berlaku pada pukul 4.32 pagi (10.32 pagi waktu Malaysia) itu di wilayah Elazig, kira-kira 550 kilometer ke timur Ankar.
Datuk bandar di wilayah berhampiran, Kovancilar, Bekir Yanilmaz berkata, seramai 57 orang terbunuh di tiga perkampungan di wilayah Elazig.
Sebanyak 30 gegaran susulan turut berlaku dengan kekuatan terkuat dilaporkan berukuran 5.5 pada skala Richter.
Turki digegar dua gempa kuat di kawasan padat penduduk di barat laut negara ini pada Ogos dan November 1999 yang mengorbankan kira-kira 20,000 orang. - AP
-------------------------------------yusz felda : Ma Sya Allah... makin menjadi-jadi.. kita yang tengok, kena buat persediaan.. agaknya ramai yang leka semula..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan