Assalamualaikum wbt
(web :http://abuawatif.wordpress.com)
Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Jordan dalam bidang pengajian Islam/Perubatan boleh download borang di web kementerian pengajian tinggi atau di sini:
Borang permohonan sijil sokongan ke luar negara
Borang Permohonan Jordan
Info permohonan
* Biasanya permohonan di tutup pada bulan Mei
Syarat minimum untuk bidang pengajian Islam; kredit (C) dalam pendidikan al-Qur’an dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan bahasa Arab tinggi
Syarat minimum untuk bidang perubatan B dalam fizik, kimia dan biologi…
Berikut sedikit maklumat dari Muhammad al-Athiq student perubatan di Jordan:
(web :http://abuawatif.wordpress.com)
Borang permohonan sijil sokongan ke luar negara
Borang Permohonan Jordan
Info permohonan
* Biasanya permohonan di tutup pada bulan Mei
Syarat minimum untuk bidang pengajian Islam; kredit (C) dalam pendidikan al-Qur’an dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan bahasa Arab tinggi
Syarat minimum untuk bidang perubatan B dalam fizik, kimia dan biologi…
Berikut sedikit maklumat dari Muhammad al-Athiq student perubatan di Jordan:
Berkaitan pelajar persendirian untuk datang belajar ke Timur Tengah samaada Mesir atau Jordan, perlu melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berpusat di Putrajaya terlebih dahulu.
Borang untuk permohonan pelajar ke Timur tengah boleh di download melalui website KPT.
Untuk pelajar persendirian, syarat minimum adalah ‘B’ untuk kesemua subjek Sains (Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan) dan Bahasa Inggeris. Bahasa Arab tak menjadi prasyarat untuk permohonan.
Maksudnya, pelajar-pelajar yang tak ada basic bahasa arab juga boleh memohon, lagipun belajar medic untuk preclinical (3 tahun pertama) 80% bahasa Inggeris dan 20% Bahasa Arab.
Tetapi, apa bila dah masuk Clinical (tahun ke 4 hingga tahun ke 6), mostly doctor-doctor di Hospital menggunakan 80% Bahasa Arab dan 20 English. Tambah pula pesakit-pesakit adalah orang Arab sendiri, jadi jika pelajar-pelajar persendirian yang tiada basic Bahasa Arab, bila masuk clinikal agak susah sikit untuk kuasai, tetapi ramai sahaja yang boleh adapt.
Biasiswa atau pinjaman pengajian untuk pelajar-pelajar Persendirian akan diberikan selepas TAMAT belajar TAHUN pertama dengan Muaddal tak kurang dari 70%.
Antara biasiswa atau pinjaman yang disediakan untuk pelajar adalah seperti berikut:
1- MARA : Mara akan cover semula untuk tahun pertama dan akan start biayai kos sara hidup bulanan pelajar (RM 2400 sebulan) bermula tahun ke dua sampai tahun ke 6. Akan tetapi, dukacita dimaklumkan bahawa MARA memberhentikan seketika biasiswa atau pinjaman kepada mana-mana pelajar persendirian yang baru hendak memohon tahun ini kerana MARA menghadapi masalah kewangan buat masa ini. Saya di maklumkan oleh pihak MARA awal tahun yang lalu.
2-JPA: JPA pula tidak cover untuk pembiayaan pelajar persendirian bagi tahun pertama. JPA hanya start kasi untuk tahun ke 2 hingga tahun ke 6 TANPA kos sara hidup bulanan. Maksudnya, JPA hanya biayai Kos Yuran pengajian SAHAJA (RM50 000 setahun).
3- Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) : Pihak MAIN membiayai sama seperti pihak MARA, cuma pihak MAIN tak cover pembiayaan pelajar persendirian untuk tahun 1. Pembiayaan Yuran dan kos Sara Hidup hanya bermula untuk tahun ke 2 hingga tahun ke 6. Untuk permohonan MAIN, ana minta Maaf sebab ana tak tahu prosedure dia macam mana.
4- Pejabat Zakat Negeri (PZN) : Untuk PZN, ana memang tiada maklumak, tetapi di sini pelajar-pelajar persendirian boleh memohon bantuan zakat tahunan dari PZN.
Sekadar itu sahaja yang ana tahu berkaitan biasiswa atau pinjaman pengajian bagi pelajar-pelajar Private atau persendirian.
Untuk tambahan, pembiayaan pengajian untuk tahun satu di JORDAN adalah seperti berikut:
1: Yuran Subjek : RM 1 000 (setiap jam kredit) X 48 jam Kredit setahun = RM48 000
2: Yuran University : RM 2000 setahun
3: Sewa rumah (moderate) : RM 350 seorang untuk sebulan
4: Sara diri bulanan: RM 1200 seorang
Adapun Yuran pengajian dan Kos sara hidup di Mesir adalah jauh lebih rendah dan murah berbanding Jordan.
Yang terakhir berkaitan tarikh tutup permohonan melalui Kementerian pengajian Tinggi adalah dalam bulan MEI biasanya
-------------------------------------------
* Logo Univ Al al-Bayt, Jordan.. tempat menimba ilmu Bahasa Arab dan agama..
Inilah idaman setiap insan..
yusz : minta war-warkan akh/ukht iklan ni... teringat kenangan belajar di Jordan dulu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan