Ahad, Mac 28, 2010

Tentera Penunjuk Perasaan Baju Merah berjumlah 80 Ribu menggerunkan tentera!, Bala Allah!

Berundur akibat desakan Baju Merah (bharian.com.my)


BEBERAPA trak membawa anggota tentera meninggalkan kawasan padang lumba kuda diraja di Bangkok, semalam, dengan lambaian dari penunjuk perasaan Baju Merah. - AP


BANGKOK 27 Mac - Dua askar Thailand cedera hari ini selepas sebutir bom tangan yang dilemparkan ke sebuah stesen televisyen kendalian tentera, meletup dalam kejadian kedua seumpamanya sejak tunjuk perasaan antikerajaan dilancarkan.

Stesen televisyen Saluran 5, turut menyiarkan rakaman video yang menunjukkan dua askar mengalami kecederaan di kaki, diangkat menaiki trak pikap untuk dibawa ke hospital.
"Sebutir bom tangan M-79 dilemparkan dari jalan di hadapan bangunan Saluran 5, namun ia mengenai jaring di pagar sebelum jatuh dan meletup di laluan pejalan kaki," kata jurucakap operasi polis Prawut Thavorsiri.

Dalam perkembangan sama, anggota tentera Thailand terpaksa berundur dari beberapa pos kawalan di ibu negara hari ini, tunduk kepada desakan 80,000 penunjuk perasaan Baju Merah yang mengadakan demonstrasi menuntut pilihan raya baru diadakan.
-------------------------
yusz : Mengapa tentera tak tembak penyokong Thaksin? tetapi berani menembak dan membunuh Umat Islam Tak Bai! Tetapi berani menembak dan membunuh Umat Islam di Selatan Thailand.. bermula Tsunami 2004 (selepas Tak Bai) hingga lah ke saat ini, Thailand dilanda tsunami darah dan keringat warga Thai samada pro atau kontra kerajaan..  selang 2, 3 hari ada sahaja tunjuk perasaan.. semangat menunjuk perasaan tak boleh rakyat Malaysia lawanlah... sebab ramai komitmen!

Bayangkan tentera boleh lari kerana dikepung 80 Ribu rakyat sedang di tangan tentera ada senjata yang boleh meleraikan penunjuk perasaan.. rupanya- mereka berani dengan Umat Islam tetapi takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.. inilah dia kelemahan mereka.. Umat Islam yang dibunuh bukan pengecut cuma di sisi penguasa dunia dilihat penakut.. sedang di sisi Allah mendapat rezeki.. 

walau bersepai wajah dan tubuh dek tembakan peluru hidup tentera Thailand, umat Islam sebenarnya BERANI, tak seperti TENTERA THAILAND YANG PENGECUT!!!

Tiada ulasan: