Isnin, Mac 29, 2010

SAH ROMBAKAN KABINET KERAJAAN AKAN BERLAKU ATAS PERUBAHAN KABINET MCA! Tahniah MCA!

Soi Lek 901, Ka Ting 833, Tee Keat 578

bhnews@bharian.com
2010/03/29

 SOI Lek  gembira bersama penyokongnya selepas  memenangi jawatan 
Presiden MCA, semalam.
SOI Lek gembira bersama penyokongnya selepas memenangi jawatan Presiden MCA, semalam.
 

  • MCA dapat Presiden baru

  • Tiong Lai menang Timbalan Presiden

  • l 2,318 perwakilan pilih kepemimpinan

  •  
    KUALA LUMPUR: Percaturan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk bertanding merebut jawatan nombor satu MCA ternyata tepat apabila diumumkan Presiden baru parti itu, mengalahkan dua bekas Presiden dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA di sini, semalam. Dr Chua yang menduduki senarai teratas dengan majoriti 68 undi mendapat 901 undi, berbanding dua bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting yang memperoleh 833 undi, manakala Datuk Seri Ong Tee Keat, 578 undi.

    Persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan calon favourite, Datuk Seri Liong Tiong Lai mendapat kepercayaan perwakilan apabila memperoleh 1,171 undi sekali gus menyingkirkan pencabar tunggalnya yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan majoriti 65 undi. Kong mendapat 1,106 undi.

    Pengumuman keputusan pada kira-kira jam 6.50 petang itu melakar era baru kepemimpinan MCA apabila gabungan Dr Chua dan Liow akan bersama menerajui MCA sehingga tempoh penggal ini berakhir pada 2011.


    Pencapaian cemerlang Dr Chua juga membawa kepada kemungkinan rombakan Kabinet berlaku dalam masa terdekat bagi memberi ruang kepada Presiden MCA yang baru ini.


    Kemenangan bekas Menteri Kesihatan itu bagai menggambarkan berakhirnya kerjaya politik Ka Ting selepas meletak jawatan pada Oktober 2008 berikutan kekalahan pemimpin parti berkenaan pada pilihan raya umum lalu, manakala Tee Keat pula dikritik hebat berikutan pembabitannya dalam Skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hingga menerima undi tidak percaya pada EGM 2009.

  • -------------------------

  • yusz : bila bersembang dengan kawan-kawan, ada yang kata lepas ni Tee Keat akan dicas terlibat dengan PKFZ.. itulah BN... dia akan humban mantan Presiden ... tengoklah kalau tak percaya... ROMBAKAN SAH AKAN BERLAKU.. PM AKAN UMUM DALAM MASA TERDEKAT.. Apa yang berlaku tidak semesti akan terhenti di sini... MCA mungkin akan bergolak lagi hingga PRU 13 akan datang.. Itulah kuasa Alllah...



  • Tiada ulasan: