Oleh Anak Sengat (www.anaksengat.blogspot.com) | |||
Umno sekali lagi diuji, kali ini dengan MIC. Sejauhmana Umno yang dilihat cuba menjelma dengan istilah dan topeng juara melayu mampu merampas kembali Hulu Selangor. MCA memang tak peduli kerana sibuk dengan AGM nya. MIC dari awal telah menamakan calonnya kerana takut dirampas Umno. PKR hampir pasti mengekalkan calonnya dari kalangan melayu. Sebelum inipun calonnya ialah melayu. Nama seperti Zaid Ibrahim dan Badrul Amin sangat dinanti untuk menggerunkan Umno. Jika Umno melatakkan calon melayu...Umno sedikit ada kelegaan kerana isu melayu tak akan berkemundang di sana. Jika MIC yang bertanding di situ, Umno tak perlu berkempen kerana ternyata Umno mengkhianati pengundi Melayu. Umno sangat tahu dan faham,peluang menang hanya akan wujud jika calon melayu diletakkan di situ. Umno terpaksa bertahan dengan asakan MIC. Kita tengok benarkah Umno yang selama ini bersuara jantan dalam mempertahankan hak melayu kononnya. PERKASA yang baru beranak tentunya akan membantu Umno.Jika tidak PERKASA hanya akan jadi penonton panas punggong saje. Muhyidin dilihat memberi reaksi kecenderungan Umno, namun Najib masih bisu dalam isu ini. Nampaknya Umno terpaksa berdepan satu lagi jerangkap yang boleh mematahkan tongkat kaum India atau mengecewakan melayu. Umno dalam dilema! |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Ahad, Mac 28, 2010
P/raya kecil Hulu Langat, UMNO tersepit? MIC menghimpit? MCA tiup serumpit? :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan