Isnin, Mac 15, 2010

Ya saya setuju, adilkah di Lembah Klang sokmo maju.. di Sabah-macam mana?

HSBB bakal manfaatkan pengguna Internet di Lembah Klang bermula bulan ini

2010/03/15

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia adalah antara pengguna Yahoo!, Friendster, Facebook dan blog terbesar di Asia, pasti mendapat manfaat daripada pelbagai aplikasi definisi tinggi selepas pelancaran jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) di Lembah Klang, bermula bulan ini.

Pelaksanaannya membabitkan 27 kawasan di Lembah Klang akan dilengkapkan dengan HSBB dalam tempoh dua tahun.
Antara kawasan yang akan terbabit dalam pelancaran awalnya adalah Bangsar, Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam dan Subang Jaya, iaitu dianggap sebagai kawasan dengan penggunaan Internet tertinggi di negara ini. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli, berkata HSBB yang akan dilancarkan Telekom Malaysia dijangka mempunyai kelajuan lebih 10 megabit sesaat (Mbps).


“Malah, akses bagi pendidikan lanjutan menerusi dalam talian, pasca produksi multimedia dan e-kesihatan, dapat dinikmati.

“Menjelang 2011, seluruh Lembah Klang akan mendapat liputan HSBB, termasuk Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Gombak dan Kajang,” katanya pada taklimat media mengenai dasar Pelaksanaan Jalur Lebar Nasional (NBI).
Khalid berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan melancarkan NBI pada 24 Mac.


Pada Mac tahun ini, langganan jalur lebar isi rumah berada pada 33.2 peratus.

Khalid berkata, terdapat potensi besar bagi penembusan jalur lebar di Malaysia, dengan menyebut 7.4 juta langganan 3G selular dan 2.78 juta langganan jalur lebar di negara ini.

Kaji selidik menunjukkan, rakyat Malaysia adalah pengguna Yahoo! nombor satu di Asia, nombor tiga bagi rangkaian sosial Friendster, keempat terbesar dari segi peserta blog dan ke-19 bagi Facebook. - Bernama
----------------------
yusz : saya simpati dengan tempat ke 2 saya sekarang iaitu Sabah.. hasil negara ada di ambil di Sabah, namun kemajuan ICT tak macam di KL.. mana duit negara yang banyak? biarlah rakyat sama-sama rasa.. apakah rakyat boleh diperkotak katikkan?

Tiada ulasan: