Isnin, Mac 22, 2010

Jika BN Sarawak tumbang, kejutan besar buat Malaysia!


Harakahdaily   
MIRI, 22 Mac: PAS Miri melahirkan keyakinan akan berlaku tsunami politik pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak tidak lama lagi seperti yang terjadi pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

Sehubungan itu, Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri Jaraiee (gambar) mengajak rakyat negeri ini untuk bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bagi membuat perubahan cemerlang pada pilihan raya negeri nanti.

Katanya, kempen Jom Sertai PAS dan Pelancaran Tabung PR Dun Sarawak memberi signal positif dalam satu usaha yang lebih gigih dalam membawa satu sinar baru pada politik Sarawak yang gelap sepanjang pentadbiran Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurutnya, isu tanah NCR, penyalahgunaan kuasa, masalah penderaan kaum Penan, hak bumiputera Sarawak adalah antara rangkaian kegagalan BN sepanjang memerintah negeri ini.

PAS Miri, tegasnya akan terus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku dalam lanskap politik negara berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal.
-----------------------
mahkamah : Kita doakan akan kejayaan Pakatan Rakyat di Sarawak... jika berlaku kejutan unik ni, dengan pertolongan Allah, mudah-mudahan ia meruntuhkan 'ego' BN sekarang yang nak tangkap atau ISA sahaja pemimpin Pakatan Rakyat.. percaya tak???

Tiada ulasan: