Isnin, Mac 22, 2010

7 Keajaiban Dunia Purba!

Tujuh Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai kemudiannya memasukkan ciptaan Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.

Tujuh Keajaiban Dunia Purba

Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:
Keajaiban Tarikh Pembina Musnah Punca
Piramid Agung Giza 2650-2500 SM Mesir masih wujud N/A
Taman Tergantung Babylon 600 SM Babylonia selepas abad pertama SM gempa bumi
Kuil Artemis di Ephesus 550 SM Lydia, Parsi, Yunani Purba 356 SM terbakar
Berhala Zeus di Olympia 435 SM Yunani purba antara abad ke-5 dan ke-6 M terbakar
Makam Maussollos di Halicarnassus 351 SM Parsi, Yunani Purba sebelum 1494 M gempa bumi
Patung Raksasa Rhodes 292-280 SM Yunani Hellenistik 224 SM gempa bumi
Rumah Api Iskandariah abad ke-3 SM Mesir Hellenistik 1303-1480 M gempa bumi
Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.

Tiada ulasan: