Sabtu, Mac 27, 2010

Bumi Palestine diserang terus!!! Umat islam makin ramai yang syahidd..

Kereta kebal Israel masuk Gaza, rakyat Palestin terbunuh


2010/03/27

BANDARAYA GAZA: Beberapa kereta kebal Israel memasuki Semenanjung Gaza selepas dua askar rejim Yahudi itu terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Palestin sebelum itu.

Sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran yang menyusul selepas keganasan terburuk di wilayah yang dikepung itu sejak 14 bulan lalu.
Pegawai perubatan Palestin berkata, kematian dan kecederaan di kalangan penduduk Gaza itu disebabkan tembakan peluru kereta kebal tetapi tidak memberi butiran lanjut. Saksi berkata, kereta kebal itu yang diiring beberapa helikopter tempur mara seketika ke bahagian Khan Yunis di selatan Gaza sebelum berundur ke wilayah Israel.

Pencerobohan kereta kebal itu berikutan pertempuran hebat semalam yang menyebabkan dua askar Israel terbunuh manakala empat pejuang Palestin terkorban. - AFP 
-------------------------------
yusz : hingga Qiamat, jihad akan berjalan.. kita yang jauh, hanya doa dan boikot Israel mampu dibuat.. jangan boikot bermusim!

Peta Palestin

Tiada ulasan: