Selasa, Mac 09, 2010

Buku Yang Mesti Kita Baca/Tahu : DILEMA MELAYU Karya Tun M 1970 (selepas tewas dalam p/raya 1969!

Dilema Melayu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Buku Dilema Melayu
 
Dilema Melayu ("The Malay Dilemma") adalah sebuah buku yang dikarang oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada tahun 1970. Tun Dr. Mahathir menerbitkan "The Malay Dilemma" setelah beliau kalah dalam pemilihan 1969 dulu. 

Selepas itu dia telah menuduh Tunku Abdul Rahman Putra kerana kekalahan UMNO yang besar dalam pilihan raya itu. Salah satu alasannya ialah menuduh Tunku kerana terlalu memberi muka kepada kaum Cina. 

Almarhum Tunku yang menolak dan menafikan segala tuduhan Mahathir itu. Mahathir menyatakan bahawa Tunku telah cuai ketika menjadi wakil rakyat kerana terlalu sibuk berniaga dengan rakan Cina beliau sehingga mengabaikan kawasan parlimennya. [1]

Setelah diterbitkan, buku ini diharamkan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj. Pemikiran Dr Mahathir tidak selari dengan Tunku Abdul Rahman.

Pada 1981, buku ini di"halal"kan sewaktu Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. 

Ia diterjemahkan ke Bahasa Melayu dengan tajuk Dilema Melayu oleh Ibrahim Saad pada 1982 dan diterbitkan oleh Federal Publication Sdn Bhd.
---------------------- yusz : teringin nak baca lagi isi kandungan... 

Tiada ulasan: