Selasa, Mac 30, 2010

Lemas- 5 orang mati di Tawau. Inna Lillah.. Kesedaran jaket keselamatan lemah!

Lima lemas bot tenggelam dekat Tawau

2010/03/30

TAWAU: Lima orang mati lemas apabila bot yang mereka naiki tenggelam selepas terlanggar kayu berhampiran Tawau Sabah pada 8.30 pagi ini. - Bernama 
--------------------------------------

TAWAU 30 Mac - Sebuah bot laju yang membawa 22 warga Indonesia karam di perairan Tawau, kira-kira dua kilometer dari pantai, mengakibatkan lima orang, termasuk tiga kanak-kanak lemas manakala 17 yang lain selamat dalam kejadian pada 8.20 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata, mereka yang terbunuh ialah Eppy Jupri, 3, Hairi Patta, 7, Aswin Asri, 13, Sonna Bakar, 25, dan Justina Omar, 31.

Tujuh belas mangsa yang selamat pula ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur lima bulan iaitu Asrul Hamsa, pemilik bot Loneng Kadir, 57, Hamsah Baso, 28, Sapian Bacho, 45, Kassim Sapian, 22, Aldi Jupri, 1, Iwan Jumat, 17, Muliadi Mato, 23, Mustapah Bakri, 22, Sukardi Umar, 34, Ayu Bali, 16, Efa Kahar, 15, Erna Salim, 20, Sumiati Lorang, 22, Yati Mapa Sungkai, 30, Musdalifah Moh Ali, 9, dan Samsiah Olleh, 51.

Kesemua mereka diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Bagaimanapun juragan bot berkenaan yang dikenali sebagai Antok, 30, telah menghilangkan diri dan polis sedang mengesannya dengan meminta bantuan konsul Indonesia di sini.


--------------
yusz : teringat saya bagaimana ramai satu keluarga (lebih 5 orang) Islam Indonesia (2009) diuruskan mandi,solat,kafan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Umas dek kemalangan dekat Tawau apabila bot mereka karam.. ada yang kata bertembung sesama sendiri gara-gara lari dari Polis Marin.. mungkin dokumen tiada..

Tiada ulasan: