Khamis, Mac 25, 2010

I Malaysia, Idea Musuh Yang Menghancurkan Rakyat Islam Palestine?


Mohd Rashidi Hasan

Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan 1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika dahulu.

Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat perunding Yahudi?

Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk menyambung hayatnya dalam politik negara?
--------------------------
yusz : bagustu.. ada peluang DSAI di parlimen untuk mengkritik PM dan BN atas kesalahan yang tidak boleh dimaafkan itu.. !!!

Tiada ulasan: