Rabu, Mac 17, 2010

INFORMASI PENTING ISU ROYALTI KELANTAN & TRENGGANU!


Harakahdaily   
KUALA TERENGGANU, 17 Mac: Puluhan ribu rakyat Terengganu dan Kelantan dijangka akan berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu 20 Mac ini bagi menyertai majlis mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatan baginda ke Terengganu 20 Mac ini.

Ia akan dilaksanakan kira-kira jam 11.45 pagi di lapangan terbang itu, kata pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Bin Yusof dan Mohamad Fauzi Bin Abu Samah dalam satu kenyataan media mereka.
--------------- yusz: apa boleh buat, jika itu jalan terakhir.. 

Tiada ulasan: