Ahad, Mac 28, 2010

Pelajar bijak dalam belajar tetapi lemah dalam 'mengawal nafsu'..

Pelajar pintar hilang SMS sudah kahwin
Oleh Safuri Kamarudin

bminggu@bharian.com.my
2010/03/28

pix_gal0
BALING: Pelajar pintar, Halimaton Abd Rashid, 15, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, mendakwa sudah berkahwin dipercayai dengan seorang pemuda berasal dari Langkawi berusia 19 tahun dan kini menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Perkahwinan itu dimaklumkan sendiri Halimaton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya, Normah Abd Mutalib, 46, di sini, semalam tetapi tidak menjelaskan siapa pemuda yang dikahwininya. 
 
Halimaton yang terpilih sebagai pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Kedah pada 2007, dilaporkan keluar dari rumah pada pagi Isnin lalu untuk mengulang kaji pelajaran bersama rakannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang (SMKPP), dekat sini.

Dia bagaimanapun, dikatakan menghubungi ibunya lewat malam berkenaan, untuk memaklumkan dia ke Langkawi menemui seorang kawan.  
-----------------------
yusz : Di mana silap? Urusan nikah bukanlah payah sangat... urusan cerai pun bukan payah sangat zaman la ni.. Perlis negeriku dikatakan negeri yang menunjukkan prestasi penceraian yang meningkat dan kritikal.. haiyya! Apa best nikah di Golok? Murah? Senang ? Minta jawapan siapa yang arif???

Tiada ulasan: