Isnin, Mac 15, 2010

Kurikulum Sahajakah? Sahsiah jangan lupa wahai Felda!

Felda perkenal program Pelajar Harapan Felda

DUNGUN 14 Mac - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengambil langkah proaktif memperkenalkan program Pelajar Harapan Felda (PHF) dalam usaha melahirkan pelajar terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di peringkat negara di kalangan anak peneroka Felda.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, program itu yang dilaksanakan menerusi Yayasan Felda dilancarkan untuk membuktikan kepada masyarakat di negara ini bahawa generasi Felda juga mampu tersenarai sebagai pelajar terbaik SPM negara.

"Saya rasa ini merupakan program pertama seumpamanya yang dijalankan oleh agensi kerajaan di negara ini dan walaupun sebelum ini kita telahpun berjaya melahirkan ramai golongan profesional di kalangan anak peneroka, namun ia harus diteruskan.

"Kerana itulah menerusi program ini, kita memilih 30 pelajar tingkatan satu dan empat yang terbaik di kalangan anak peneroka Felda di seluruh negara setiap tahun untuk kita gilap dan bantu mereka sehingga berjaya menjadi pelajar terbaik SPM," katanya.
--------------------------
yusz : kita harap Felda mengambil berat isu sahsiah di dalam Felda.. isu anak-anak peneroka yang tamat belajar dan tidak menyambung belajar kerana pengaruh rakan-rakan yang 'hilang matlamat' masa depan.. akhirnya melepak dalam kampong.. merokok.. akhirnya di'hadiahkan syabu' buat kali pertama dan akhirnya sesat buat selamanya.. itulah dia.. wujud sampai ke saat ini ada anak peneroka yang 'rosak aqal'nya dek syabu @ gam.. di mana usaha Felda?

Tiada ulasan: