Selasa, Mac 09, 2010

Pakatan Rakyat buang RM4 juta bantu sekolah Tamil? Adil kah? emm..

| Print |  E-mail
Harakahdaily   
KLANG, 9 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyediakan RM4 juta bagi membantu anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri, kata Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatian negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Katanya, semenjak dua tahun Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, kerajaan begitu komited dan sangat mengambil berat untuk menyediakan keperluan prasekolah bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak dalam menimba ilmu pengetahuan terutamanya di kalangan masyarakat India.

Menurutnya, dari rekod dan statistik yang diperolehi dari Tamil Foundation dan NGO pendidikan yang lain jelas menunjukkan bahawa anak-anak kalangan masyarakat India jauh ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan awal di peringkat prasekolah sebelum mereka memasuki alam persekolahan. 


“Lantaran itu kita melihat bahawa seramai 42 peratus pelajar tahun satu yang memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tidak tahu membaca dan menulis kerana kebanyakan dari mereka tidak pernah berpeluang pergi ke tadika sebelum memasuki Tahun Satu,” ujarnya pada majlis perasmian Tadika Rakyat Taman Sentosa dekat sini, semalam.

Majlis perasmian tadika yang berharga RM300,000 itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali. (Gambar sebelah)
-----------------------------------------------
yusz : alhamdulillah... ada asas juga rupanya... keadilan Islam memberi hak menikmati pelajaran/ilmu sama rata.. kasihan sekolah tamil.. macam di anak tirikan.. Insya allah, dengan usaha sebegini, rakyat boleh menilai dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat pada masa akan datang.. tolak BN!

Tiada ulasan: