Selasa, Mac 30, 2010

Haiyya! Rugi bukan sikit... RM546 juta??? Itulah POS M'sia.. Itulah GLC ...

Pos Malaysia rugi RM546 juta

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian berjumlah RM546 juta itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.

Katanya, artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tambahnya, tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM14 juta pada 26 Februari 2010.

Menurutnya, PAS hanya melihat kes itu sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja. 
-----------------------------------------------
mahkamah : kerugian RM negara sekarang ni, bukan main RM 10, RM50... tapi RM juta RM Bilion... patutlah kita rakyat bawahan ni kena tanggung kerugian dek kegilaan puak-puak atas dok perabis duit.. betul ka? mereka labur sana sini.. agak-agak duit sikit guna pengaruh jawatan dalam kerajaan.. baiklah! Kita berjimat cermat.. bajet negara kurang.. SEDANGKAN.. merekalah lanun menghabiskan duit kita...

Tiada ulasan: