Demonstrasi 24 Februari 2010
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Anak_Peneroka_Felda_Kebangsaan)
Pada 24 Februari 2010,100 ahli ANAK mengadakan demonstrasi rasa tidak puas hati kepada Felda di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur . Mazlan Aliman telah menyerahkan memorandum kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim jam 3.30 petang. Turut hadir ialah peguam Ahmad Nizam Hamid , ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.
Datuk Siva Subramaniam dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan bahawa Suhakam masih belum mendapat reaksi dari Felda berhubung pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan penipuan. Antaranya ialah :
- Mereka tidak puas hati terhadap Akta Penempatan Berkelompok 1960
- Peluang pekerjaan di agensi Felda.
- Dikatakan berlaku diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik.
- Beberapa peneroka Felda telah menggunakan pelbagai saluran termasuk laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah. Malangnya hak milik tanah tidak juga diperolehi.
- Dikatakan Felda mengugut akan menyingkirkan mereka daripada tanah rancangan.
- Peneroka juga menuntut hak mereka untuk menerima wang tanam semula sebanyak RM17,000. Sehingga kini wang tanam semula itu belum diterima.
- Menuntut hak mendapatkan bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah
- Hak mendapatkan lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
- Bantuan pendidikan
- Pinjaman usahawan.
- -------------------------------------------yusz : difahamkan pada tarikh yang sama 24/2/2010 Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) telah menghantar memo kepada Pengurusan Tertinggi Felda untuk diambil tindakan ke atas ANAK... lawan tetap lawan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan