Sabtu, Mac 20, 2010

Bila berubah Menteri Pelajaran, ada sahaja dasar baru.. Tak salah jika dasar itu 'bertolak ansur'.. :)


  Tambahan waktu BM, BI mulai sesi persekolahan tahun depan(bharian.com.my)


2010/03/20

KUALA LUMPUR: Kabinet telah memutuskan masa pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dipanjangkan mulai sesi persekolahan 2011, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Bagaimanapun, beliau berkata masa persekolahan tidak akan dipanjangkan tetapi akan diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar. "Kita akan buat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Masa pembelajaran untuk Bahasa Malaysia (BM) di sekolah rendah dan menengah kebangsaan bagaimanapun akan kekal pada 240 minit seminggu tetapi bagi pembelajaran Bahasa Inggeris (BI) akan ditambah kepada 330 minit seminggu daripada 240 minit yang dipraktikkan sekarang.

Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil dan Cina), sesi pembelajaran untuk BM akan ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu.

Bagi BI, ia akan ditambah menjadi 120 minit seminggu daripada hanya 60 minit.

Mengenai bahan bacaan terhad yang dilaporkan berlaku di perpustakaan sekolah, Muhyiddin menyarankan lebih banyak badan korporat menderma buku kepada perpustakaan sekolah sebagai sebahagian tanggungjawab sosial mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya pihak pengajur pesta buku tersebut meningkatkan status mereka hingga setanding dengan Pesta Buku Frankfurt yang terbesar di dunia. 
---------------------
yusz : itulah dia tugas guru.. kita yang menjalankan tugas.. kena ingat Nabi saw adalah pendidik.. oleh itu, anggaplah tugas mendidik adalah tugas mulia seperti yang ditunjukkan oleh Nabi saw.. :)

Tiada ulasan: