Khamis, Mac 25, 2010

Jadilah Wakil Kepada Rakyat (Rakyat BN + Pakatan Rakyat) dan jangan jadi Wakil Rakyat BN sahaja!


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (PAS-Kota Bharu) (gambar) berkata, ahli parlimen Barisan Nasional (BN) tidak perlu takut kepada Umno kerana mereka bukan orang yang berkuasa di Parlimen.

"Saya melihat dalam dewan sekarang ini, ramai ahli dewan yang boleh memimpin suatu aliran baru dalam demokrasi di Malaysia supaya kita tidak semata-mata terikat dengan whip parti.

“Jangan takut sangat kepada Umno. Kita mesti membebaskan diri kita daripada Umno dan mesti memperkatakan kebenaran," katanya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) di atas keberaniannya menyatakan pendirian secara terbuka di Dewan Rakyat tanpa mengambil kira 'whip' parti.

"Dewan ini telah berusia 12 penggal, lebih daripada 50 tahun bersidang, boleh jadi ini pertama kali seorang ahli daripada pihak kerajaan menyatakan pandangan secara ikhlas dengan tidak mempedulikan whip parti BN. Tahniah kepada Kalabakan," katanya.

Semalam, Abdul Ghafur dalam ucapannya menyelar tindakan Datuk Seri Zahrain yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mendakwa beliau merupakan salah seorang yang akan melompat ke parti itu.
--------------------------yusz : tahniah mereka yang keluar PKR dan memusnahkan BN dari dalam.. Allah punya kuasa.. :)
 

Tiada ulasan: