Buku Menakhoda Zaman himpun idea, kritikan PM
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2010/03/29
NAJIB melihat buku Menakhoda Zaman yang ditulis beliau sambil diperhatikan Mohd Khai (kanan) dan Raslin pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, semalam.
Ucapan perasmian 5 sidang Wanita, Pemuda dan Puteri Umno
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa setengah jam bersama kira-kira 100 pengunjung yang membeli naskhah Menakhoda Zaman tulisan beliau pada program ‘bacaan buku’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa setengah jam bersama kira-kira 100 pengunjung yang membeli naskhah Menakhoda Zaman tulisan beliau pada program ‘bacaan buku’ sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Program julung kali anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertemakan ‘Pemimpin mengamanahkan budaya membaca kepada rakyat’ itu menyaksikan Perdana Menteri membaca 23 perenggan tulisan beliau yang dipetik daripada Bab 5: Pertarungan Minda Perang Masa Depan bermula halaman 32 hingga 35.
Menakhoda Zaman atau Helming the Times adalah judul buku menghimpunkan ucapan Perdana Menteri pada lima perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno dari 2004 hingga Mac 2009 dan dilancarkan sendiri beliau pada 11 Oktober lalu.
Buku itu antara lainnya menghimpunkan pelbagai idea, kritikan dan pandangan Perdana Menteri yang digarap secara jujur apabila memperkatakan mengenai kelemahan sebagai anak bangsa, bagaimana perlu bangkit menyahut cabaran, apakah cara untuk menggerakkan perubahan dan laluan yang dipilih untuk membolehkan gagasan membina masa depan dicapai.
--------------------------
yusz : Tajuk buku mantap.. cuma realiti yang berlaku BN antara lain menyekat 'dakwah Islam' di Malaysia.. apakah itu dikatakan Nakhoda? Sedang Nabi saw adalah contoh Nakhoda TERBAIK! Macam mana?
Misteri kematian Teoh Beng Hock-pakar Thailand kata dia dibunuh secara dicekik semasa sesi soal jawab dengan SPRM?
Tindakan yang didalangi pimpinan UMNO memalukan Islam. Lelaki yang berdiri di belakang 'pembesar suara' AJK Pemuda UMNO Pusat...
ISA & Tindakan Pihak Keselamatan yang memudharatkan jiwa manusia, ikut Islam kah? Demokrasi di Negara Bukan Islam adakalanya lebih 'mesra rakyat'
Sejarah BN membunuh umat Islam Memali 1985, lupakah tuan/puan?Akhirnya mahkamah memerintahkan Kerajaan Pusat membayar ganti rugi RM20 Ribu bagi 1 mangsa yang telah mati lebih 20 tahun..
Nyawa mereka bernilai 1 tahun RM1 Ribu shj?
NAKHODA DENGAN CORAK MANA YANG
PM DS NAJIB IMPIKAN???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan