Selasa, Mac 09, 2010

Dasar BN/UMNO, jika buat projek, orang PAS/rakyat sokong pembangkang akan dianak tirikan..

| Print |  E-mail
Rusli Yasmin   

PUTRAJAYA, 9 Mac: PAS Wilayah Persekutuan hari ini menghantar satu memorandum kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik menggesa pihak kementerian tidak mengenepikan penduduk dan wakil rakyat setempat dalam perbincangan projek pembangunan Kampung Warisan termasuk Kampung Baru.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Nor kepada Setiausaha Sulit Menteri, Shazri Faiza Faridam pagi tadi.

Ianya mengandungi gesaan agar penduduk Kampung Baru dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang dipilih mereka dilibatkan sama dalam perbincangan projek tersebut.

Sebelum ini beberapa bantahan dibuat penduduk kerana didakwa tidak melibatkan mereka dalam projek tersebut sehingga terbaru Nong Chik mengeluarkan kenyataan tidak akan membangunkan Kampung Warisan.

Mohamad Nor ketika mengulas perkara itu berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membangunkan Kampung Warisan itu tepat, tetapi sudah terlambat.

"Apa yang dikatakan Raja Nong Chik semalam tepat tetapi agak terlambat kerana masyarakat telah pun membantah dan keputusan kerajaan sebelum ini tidak melibatkan Ahli Parlimen dan penduduk setempat.
---------------------------
yusz : itulah dia.. syukur orang KL pilih pAKATAN Rakyat dalam PRU 12.. tahu sudah 'hati BN' ni.. dia nak beri untung kroni dia.. kalau PAS perintah esok-esok, kalau buat perangai macam BN ni, alamat orang tak akan UNDI Pas! Ingat tuu.. bolehnya rakyat di tempat dan wakil rakyat berkaitan tidak dijemput berunding, kenapa? Bimbang lah tu, kalau urusan yang boleh 'masuk poket' didengari olah Pakatan rakyat.. puak-puak ni, asyik pikir untuk perut bukan untuk Rakyat! :(

Tiada ulasan: