Salah satu pusat hiburan di Tawau. Majlis Perbandaran Tawau luluskan kan, kan kan? Tak mustahil kewujudan premis seperti ini me'makmur'kan lagi industri DADAH! Orang MPT pun bukan alang-alang.. dipilih oleh rakyat juga!
----------------------------------------------------
'Bekas suami nak jual anak RM2,000'
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
2010/03/29
IBU tunggal (usia 22 tahun) yang ditahan kerana positif dadah mengaku tinggal anak lelaki berusia empat tahun di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dua minggu lalu. * sempat merokok lagi..
Ibu muda mengaku tinggal budak 4 tahun di gerai
ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, kelmarin mengaku dia adalah ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditinggalkan di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dekat sini, dua minggu lalu.
ALOR SETAR: Seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditahan kerana menagih dadah di Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, kelmarin mengaku dia adalah ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditinggalkan di gerai nasi lemak di Kampung Permatang Paku, Air Hitam, Jitra, dekat sini, dua minggu lalu.
Wanita itu yang positif dadah mengaku dia berbuat demikian ketika berusaha melarikan anak sulungnya itu daripada bekas suaminya yang berusia 25 tahun. Dia juga mendakwa, bekas suaminya yang juga seorang penagih dadah mahu menjual anaknya itu kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga RM2,000.
“Saya tidak berniat untuk buang anak, tetapi mendapat tahu bekas suami mahu menjual anak kami kepada seseorang dengan harga RM2,000. Disebabkan itu, saya membawa anak lari dan meninggalkannya di sebuah gerai di Air Hitam.
Sementara itu, ibu tunggal berkenaan yang kini hamil tiga bulan dan mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia lima bulan mengaku mula mengambil dadah jenis syabu dan ganja sejak berusia 13 tahun selepas diajar rakan ketika berkunjung ke sebuah kedai makan di Jalan Putra, di sini.
Dia yang berasal dari Kampung Kejai, Kuala Nerang, berkata berkahwin pada usia 17 tahun dengan bekas suaminya yang turut mengajarnya mengambil dadah jenis heroin melalui suntikan.
“Sejak menggunakan suntikan saya semakin ketagih dan sehingga kini pernah mengambil suntikan di lengan, leher dan di paha,” katanya.
Dia yang kini bekerja sebagai pemotong ikan di pelantar siput itu juga mengakui anak keduanya mengalami kesan ketagihan akibat pengambilan dadah ketika mengandung
----------------------------------------
-----------------------
MAHKAMAH : Entah betul ntah tidak dia kata suaminya mahu jual anak RM2 ribu kepada orang lain.,. aqal orang yang ketagih syabu, dadah, gam ni sukar dijangka... "teringat kisah bekas pelajar sekolah saya datang ke sekolah baru-baru ni katanya mahu kerja di sekolah tempat saya bertugas... dia telah berpindah mengajar dari sekolah yang berdekatan kerana pelajar-pelajar di sana agak keras kepala... WALHAL DIA BUKAN GURU.. DIA PENAGIH SYABU.. KINI AQALNYA DAH ROSAK.. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan