500 maut pergaduhan agama di Nigeria(utusan.com.my)
|
|
JOS, Nigeria 8 Mac - Kerajaan Nigeria mengerah tentera ke wilayah bergolak utara Jos hari ini selepas kumpulan-kumpulan bersenjatakan parang menyerang kampung-kampung yang menurut para pegawai menyebabkan sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh.
Menghadapi tekanan hebat ekoran kegagalan mengekang penularan keganasan puak hanya beberapa minggu selepas ratusan orang terbunuh dalam pergaduhan melibatkan orang Islam dan Kristian, pihak berkuasa Nigeria berkata, puluhan orang ditangkap berkaitan serangan tersebut.
Akhbar-akhbar melaporkan, penduduk Islam di kampung-kampung tersebut telah diberi amaran menerusi pesanan ringkas telefon dua hari sebelum serangan agar mereka boleh melarikan diri.
Saksi kejadian pula berkata, mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dalam serangan ganas sistematik selama tiga jam semalam itu ditangkap menggunakan perangkap haiwan dan pukat nelayan ketika mereka cuba melarikan diri daripada para penyerang yang kemudiannya menetak mereka hingga mati.
Sebahagian besar keganasan tertumpu di sekitar kampung Dogo Nahawa di mana kumpulan-kumpulan yang kebanyakannya dianggotai oleh etnik Fulani beragama Islam membakar pondok-pondok tanah beratapkan jerami kering sebelum melakukan pembunuhan.
Mereka juga berkata, serangan tersebut menunjukkan permusuhan ketara antara puak Fulani dan Berom yang pada mulanya berpunca daripada kecurian lembu sebelum menular kepada serangan membalas dendam.
Aktivis hak asasi berkata, serangan semalam kelihatan seperti tindakan membalas dendam terhadap serangan pada awal tahun ini di mana kebanyakan yang terbunuh adalah orang Islam.
Dalam serangan pada Januari lalu itu, polis berkata, 326 terbunuh tetapi kumpulan hak asasi berkata, jumlah kematian adalah melebihi 550 orang. - AFP
----------------------------
mahkamah : Gila3x! Orang Islam tak akan ganas.. yakinlah.. ni mesti kerja kristian.. tengok info di atas pun, nampak membalas dendam disebabkan orang Islam terlebih dahulu dibunuh pada awal Januari..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan