Selasa, Mac 16, 2010

Rumah rakyat hadiah Kerajaan BN Sabah di Tenom, tertipu lagi?

* betulkah rumah rakyat???

Oleh: HALIK ZAMAN

PERLUKAH saya kata inilah, "hadiah kemerdekaan" bersama Barisan Nasional selama 47 tahun merdeka bersama Malaysia? Hadiah gubuk-gubuk buruk untuk rakyat di kampung Entabuan Tenom? Perlukah saya berbohong pada diri saya sendiri mengikut rentak UMNO dan Barisan Nasional mengatakan selama 47 tahun Sabah merdeka bersama Malaysia sudah terhakis miskin tegar di pedalaman?

Mana mungkin saya boleh berbohong kalau buktinya ini:-

Bila Dewan Undangan Negeri Sabah bersidang sahaja Musa Aman umumkan belanjawan berbillion ringgit untuk membuat perumahan miskin tegar. Kalau tidak silap ADUN BN Kemabong, Datuk Rubin Balang adalah Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Negeri Sabah dan Ahli Parlimen, Datuk. Raimie Unggi sendiri anak jati Tenom. Jadi kenapa tidak turun padang melihat penderitaan rakyat? Apa sudah jadi dengan peruntukan perumahan miskin tegar? 
----------------------------------------------
mahkamah : alhamdulillah.. lama-lama kezaliman BN makin ketara, mudah2an Pakatan Rakyat akan memerintah Sabah, insya allah...

Tiada ulasan: