Rabu, Mac 24, 2010

Tawau masalah air dan elektrik!

Penduduk resah, perniagaan terjejas kerana gangguan bekalan elektrik berterusan

24/03/2010 2:23pm

TAWAU 24 Mac - Beberapa tempat di Tawau beberapa kali mengalami gangguan elektrik sejak semalam sehingga menimbulkan keresahan di kalangan penduduk.

Di kawasan pusat komersial BA Zhong, gangguan bekalan elektrik dikatakan berlaku sebanyak empat kali dan ia mengambil masa sehingga tiga jam untuk dipulihkan.

Masalah itu dibangkitkan oleh anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya di Dewan Rakyat.
Selain itu, beliau turut membangkitkan rasa tidak puas hati kerana Sabah dibekalkan generator terpakai.

Beliau yang kesal dengan keadaan yang berlaku memberitahu, keadaan tersebut mengganggu dan menjejaskan perniagaan penduduk persekitaran.
Katanya, banyak barangan makanan mentah yang disimpan dalam peti sejuk rosak. - Bernama
-----------------------------
*hantu kelab malam banyak di Tawau!!!

yusz : betul tuu.. bahkan teruk lagi.. elektrik kalau ada pun, kelab malam tak juga ditutup! MPT beri kelulusan juga...

Tiada ulasan: