Sabtu, Mac 20, 2010

Zahrain dedahkan cubaan rampasan Kerajaan 16/9?

Anwar umpan 8 YB
Oleh Nazura Ngah, S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/03/19

sebelum  -  selepas
<strong></strong>
 
















 


DS Zahrain Mohamed Hashim dedah lagi cubaan Ketua Pembangkang rampas kuasa pada 16 September 2008

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa diumpan pembangkang bagi menjayakan rancangan 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Antara nama yang disebut ialah:-
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; 
Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); 
Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); 
Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan); 
Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan) dan 
Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). 

Dua lagi ialah Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan 
Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) yang menjadi wakil rakyat Bebas selepas Parti Maju Sabah (SAPP) keluar BN pada 17 September 2008.

Nama itu didedahkan Zahrain dalam episod kedua pembongkarannya berhubung pembohongan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika menyambung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat. ---------------
---------------------------
yusz : doakan pembohong sebenar diberi taufiq dan hidayah.. ahli PR minta bersabar atas provokasi ini..
 

Tiada ulasan: