Sabtu, Mac 27, 2010

Kepercayaan Kepada Allah, Kesetian Kepada Raja & Negara... Guane,ngam kan yang pertama tu?


Harakahdaily   
KUANTAN, 26 Mac: Gesaan Presiden PAS agar Rukun Negara dipinda bagi menyelaraskan dengan kehendakmassa dengan menukarkan Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah sangat-sangat dialukan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"PAS berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah lebih tepat bagi menggambarkan Tuhan yang sebenar; berbanding istilah Tuhan yang dapat diterjemahkan dengan pelbagai bentuk dan rupa. Keadaan ini tentunya bertentangan dengan konsep ketuhanan yang sebenar," kata beliau dalam blognya.

Menurut beliau, Allah sebagai Tuhan yang selayaknya disembah dan diimani sebagai Tuhan yang sebenar bukanlah satu istilah yang sensitif bagi golongan bukan Islam, kerana selama bertahun-tahun mereka juga menggunakan kalimah Allah dalam menyanyikan lagu-lagu rasmi kebanyakan negeri.

Bahkan para pelajar khususnya menyanyikan lagu-lagu negeri ini dengan menggunakan istilah Allah, tanpa menimbulkan sebarang polimik, kerana itulah hakikat ketuhanan sebenar.

Bahkan dalam kehidupan seharian istilah Allah digunakan oleh kalangan bukan Islam terutama dalam aspek penciptaan, kejadian, kehidupan dan kematian, katanya.

"Gesaan Presiden PAS dilihat satu usaha bagi meletakkan Allah sebagai Tuhan yang dipercayai dan disembah, agar rakyat negara ini lebih merasai keperluan mempercayai Allah dalam kehidupan mereka.

"Hal ini dilihat dengan hanya menyebut kepercayaan kepada Tuhan lebih umum dan ianya dilihat tidak mendatangkan keperluan kita mengimanisebagai tumpuan utama dalam setiap aspek kehidupan," kata beliau.

Akibatnya, kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang,  ramai dari anggota masyarakat tidak mengikuti arahan dan perintah Allah dalam kehidupan mereka.

"Meningkatnya gejala sosial, rasuah, penyelewengan, ketidakadilan sosial, dan lainnya adalah menifestasi tiadanya penghayatan kepada konsep ketuhanan yang diimani.

"Kini sampailah masa seluruh anggota masyarakat melihat isu ini dengan lebih terbuka, ilmiah dan rasional bagi membina satu masyarakat yang menjadikan Allah sebagai asas kepercayaan," katanya.
  -------------------yusz : Ramai juga AJK Pas Pusat bersetuju dengan cadangan Tuan Presiden PAS termasuk Mursyidul Am Tuan Guru MB Kelantan 

Tiada ulasan: