Selasa, Mac 09, 2010

Sirah : Shekh Syed Sabiq. Permata Yang Berharga! Mesti Baca..

SYEIKH SAYYID SABIQ

Merupakan pengarang kitab Fiqh as-Sunnah yang masyhur yang telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Seorang ulamak al-Azhar. Berasal dari Wilayah Manufiah (Mesir). Beliau sempat bertemu Imam as-Syahid Hasan al-Banna dan menjadi anggota Ikhwan al-Muslimin se[sayyid+sabiq.jpg]jak di bangku sekolah lagi. 
 
Beliau belajar di al-Azhar dalam bidang Syari’ah dan menjadi pakar dalam bidang Fiqh Islam. Bukunya Fiqh Sunnah menjadi rujukan umat Islam di dunia sejak tahun ia ditulis () hingga ke hari ini. 
 
Pada tahun 1413 Hijrah, beliau dianugerahi Hadiah Kecemerlangan Raja Faisal (Arab Saudi) di atas sumbangannya dalam Ilmu Fiqh. Di akhir-akhir usianya beliau menerima tawaran untuk menjadi pensyarah di Universiti Ummul-Qura (Mekah) kerana ingin berada hampir dengan Baitullah. Syeikh Sayyid Sabiq meninggal pada hari Ahad, 23 Zil-Qaedah 1420 bersamaan 27 Januari 2000 dan dikebumikan di tempat kelahirannya.

Selain dari Fiqh Sunnah tadi, beliau juga menghasilkan banyak penulisan lain antaranya;

1. Masadir al-Quwwah Fi al-Islam
2. al-‘Aqaid al-Islamiyyah
3. Risalah Fi al-Hajj
4. Islamuna
5. Risalah Fi as-Shiyam
6. Taqalid Wa ‘Adaat Yajib An Tazul Fi al-Afrah Wa al-Munasabat.

Semoga Allah mengurniakan darjat yang tinggi untuk beliau di akhirat.
-------------------------
mahkamah : kalau boleh kita kena beli kitab Feqah Sunnah ni.. bahasa yang diguna agak mudah.. insya allah bermanfaaat!

Tiada ulasan: