Selasa, Mac 09, 2010

Harapkan pagar, pagar makan 'duit bank;.. itulah dia mantan YB Labuan!

Bekas Ahli Parlimen Labuan mengaku bersalah tipu bank(utusan.com.my)

09/03/2010 3:33pm

KOTA KINABALU 9 Mac – Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di sini hari ini terhadap tuduhan pindaan menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah memberitahu Hakim Duncan Sikodol, pertuduhan dipinda kepada Seksyen 109(1)(m)(ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi tuduhan, Hakim Sikodol melepaskan dan membebaskan Suhaili daripada tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995 selepas Fariza memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti untuk dikemukakan kepada mahkamah.

Pada 13 April tahun lepas, Suhaili, 48, bekas Pengerusi Perbadanan Labuan sehingga 31 Mac tahun lepas, mengaku tidak bersalah kerana menipu dengan menggunakan kad pengenalan yang bukan miliknya untuk menjadi penjamin dalam permohonan pinjaman itu dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan rotan dan juga boleh dikenakan denda.
----------------------------

Bekas Ahli Parlimen Labuan mengaku salah tipu bank (bharian.com.my)

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan pindaan menipu sebuah bank bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah memberitahu Hakim Duncan Sikodol bahawa pertuduhan dipinda kepada Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi tuduhan, Hakim Sikodol melepaskan dan membebaskan Suhaili daripada tuduhan memberi maklumat palsu dalam satu akuan bersumpah pada 1995 selepas Fariza memaklumkan bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti untuk dikemukakan kepada mahkamah. 
------------------------------
mahkamah : macam mana lah ya, mantan YB BN-Labuan boleh buat kesalahan begitu.. menipu pulak.. macam mana orang nak respect, sekarang difahamkan Labuan jadi destinasi 'pelacuran'.. mungkin masa YB berkhidmat pun dah teruk.. kalau YB boleh menipu.. jadi, tak hairanlah mungkin Yb boleh biarkan maksiat banyak di Labuan.. kasihan umat Islam di sana.. :(

Tiada ulasan: