Saya pun tempah no ST 7578 M ni- RM ***.00= sahaja.. (tahun kelahiran saya dan isteri).. kalau ada duit, kalau sampai harga di bawah ni, macam gila sudah.. no plat sahaja boleh beli 4@buah kereta Proton Saga Malaysia!
----------------------------------------------------------------------------
Plat TAY 1 dibida RM220,000
2010/03/20
KUALA TERENGGANU: Nombor plat kenderaan TAY 1 yang dikeluarkan di Terengganu dibeli dengan harga RM220,000, mengatasi harga plat TAN 1 sebelum ini yang bernilai RM200,090.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie, berkata harga tersebut diperolehi setelah enam pembeli membuat bidaan sejak tender dibuka dari 2 hingga 22 Februari lalu.
"Harga paling tinggi yang kita terima ialah bagi TAY 1 iaitu RM220,000, diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, notis kepada mereka yang berjaya membida akan dikeluarkan tidak lama lagi, tanpa mahu mendedahkan identiti pembeli.
Katanya, sepanjang tempoh tender, JPJ Terengganu menerima 1,119 bidaan daripada 534 pembida yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran di bawah siri TAY.
Selain TAY 1 dan TAN 1, nombor pendaftaran TAX 1 sebelum ini mencatat harga jualan RM165,000. - Bernama

----------------------------
yusz : no plat ni ada sejarah tersendiri. Hanya tuan nombor sahaja yang tahu dengan tepat.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan