Korea Selatan< > Korea Utara
50 kelasi Korea Selatan hilang
SEOUL 27 Mac - Hampir 50 kelasi kapal hilang selepas sebuah kapal perang Korea Selatan karam berhampiran dengan kawasan sempadan tegang Korea Utara, menurut pegawai hari ini, tetapi menyatakan tiada tanda menunjukkan Pyongyang terlibat.
Presiden Lee Myung-Bak mengadakan mesyuarat keselamatan tergempar dan mengarahkan siasatan dijalankan ke atas insiden yang dikatakan terburuk dalam sejarah ketenteraan negara ini sejak beberapa dekad lalu.
"Seramai 58 krew kapal diselamatkan dan 46 lagi masih hilang," kata jurucakap Ketua Turus Bersama sambil menambah, pasukan tentera laut bersiap sedia menyelam bagi menyiasat punca kapal itu karam di Laut Kuning.
Kapal perang kecil seberat 1,200 tan itu karam petang semalam berhampiran Pulau Baengnyeoung selepas berlaku satu letupan yang tidak dapat dijelaskan, menyebabkannya terbalik di perairan sejuk dan cetek itu.
---------------------
yusz : Macam mana nak damaikan 2 beradik yang bergaduh?... Hanya ada 1 jalan sahaja iaitu Islam Jalan Penyelesaian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan