Selasa, Mac 02, 2010

Bolasepak Bawah 18 tahun MSSD Tawau, SMK Umas-Umas, Tawau memberi tentangan sengit namun?

Info Bola Sepak 

SMK Umas-Umas, Tawau Sabah


Pada 28/2 (Ahad) berlangsung 2 game.. 1 jam 7.30 pagi bertemu dengan SMK Merotai Besar... Umas-Umas juga mendominasi permainan kadang-kadang dan mendahului dengan 1-0. Namun, Merotai bangkit dengan pengalaman pemain-pemainnya dengan menjaring 2 gol kemenangan dan mencerahkan peluang ke suku akhir... pada jam 2.15 petang Umas-Umas bertemu dengan tuan rumah SM Teknik.. Teknik dikejutkan dengan cubaan-cubaan awal oleh Umas-Umas.. namun semuanya mulai goyah bila Teknik mula menjaringkan gol satu persatu hinggalah keputusan Umas-Umas tewas 0-4.. 

Game akhir 1/3 kelmarin di padang teknik- antara Umas dan Pasir Putih.. 2 team yang tiada harapan tetapi demi membawa imej sekolah, maka pertarungan tetap diteruskan.. ikut hati mau sahaja tidak turun berlawan.. he he... Umas-Umas macam biasa.. garang mendahului 2-0... namun dikecewakan oleh pihak lawan dengan 3 gol tanpa balas.. akhirnya tewas 2-3.. itulah sejarah Bawah 18 tahun.. Apapun tunggu!

Bawah 15 Tahun akan beraksi tidak lama lagi... Tahniah buat Cikgu Hairun dan Ust Solah atas kejayaan melatih dan meningkatkan semangat bermain para pelajar... 
* gambar pasukan akan diusahakan diupload dalam blog

Tiada ulasan: