Jumaat, Mac 05, 2010

Taiwan gempa lagi!

 

Giliran Taiwan digegar gempa bumi

TAIPEI 4 Mac - Satu gempa bumi kuat menggegarkan selatan Taiwan hari ini, menyebabkan penduduk yang panik lari dari bangunan yang bergoyang, bekalan elektrik terputus dan perkhidmatan kereta api laju tergendala.

Sekurang-kurangnya 12 orang cedera tetapi tiada kerosakan besar dilaporkan berikutan gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter itu. Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa itu terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar raya kedua terbesar di pulau ini, Kaohsiung.

Gegaran boleh dirasai sejauh ibu negara, Taipei, beberapa ratus kilometer di utara. Pusat gempa terletak di kawasan pergunungan kurang berpenghuni di Jiahsian di daerah Kaohsiung, kawasan yang masih belum pulih daripada taufan kencang yang mencetuskan banjir dan tanah runtuh pada Ogos lalu, dengan menyebabkan 700 orang maut.

Tiada ulasan: