Ombak luar biasa Mediterranean (utusan.com.my 4/3/2010)
|
|
BARCELONA, Sepanyol 4 Mac - Dua terkorban dan 14 lagi cedera apabila sebuah kapal persiaran yang membawa kira-kira 2,000 penumpang dipukul ombak besar setinggi lapan meter di barat Mediterranean semalam.
Syarikat pemilik kapal, Louis Cruises dalam kenyataannya menjelaskan, ombak besar luar biasa itu menghempas tingkap kapal MV Louis Majesty miliknya.
"Louis Cruises dengan perasaan sedih mengumumkan kapal persiarannya, MV Louis Majesty yang dalam pelayaran dari Barcelona ke Genoa dihempas ombak besar luar biasa.
"Ekoran kejadian ini, tingkap di kawasan awam bahagian depan kapal pecah mengakibatkan dua penumpang rakyat Jerman dan Itali cedera parah manakala 14 penumpang lain mengalami kecederaan," katanya.
----------------------------------
yusz : makhluk Allah makin marah ni... di darat, di laut dan sebagainya kini mula membimbangkan... :(
Laut Mediterranean adalah laut antara-benua terletak antara Eropah di utara, Afrika di selatan dan Asia di timur, mencakupi wilayah seluas 2,5 juta km².
Pada masa lalu, laut ini merupakan jalur lalu lintas yang sibuk, mengijikan perdaganan dan pertukaran budaya antara orang Mesir, Yunani kuno, Roma kuno dan Timur Tengah. Sejarah Mediterranean penting untuk pengertian asal dan perkembangan Peradaban Barat.
*** sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mediterranean
Tiada ulasan:
Catat Ulasan